Mar 6, 2009

boikot lagu ini..!!!!!!!!!!!!!!!!

salam...bila org kristian meggunakan perkataan Allah dlm bahasa melayu indonesia..boleh mengelirukan org awam,mmg betul ..Namun hakikatnya Allah adalah tuhan sekelian Alam...tuhan yang menjadikan setiap makhluk dan seluruh umat manusia baik org islam atau kafir....sesiapa shj berhak menyembah Allah..tp di bimbangi takut org2 kafir mengunakan perkataan itu utk menyesatkan org islam..Wallahua'alam..jd berhati2 la dan jgn mudah keliru..






Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica


Banyak perkara yang tak dapat ku mengert
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Alah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti


Apa komen kamu semua bila membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica? Apa yang tidak kena dengan lirik ini? Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja! So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan di sebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Berhati-hati!



p/s : thankzz to bard b sue for this email.....))



Tazkirah....

Rasulullah sangat takjub dengan iman kita? Cuba baca petikan di bawah.
Buktikannya dan jangan kecewakan Rasulullah s.a.w.



Suatu hari Rasulullah s.a.w bersama para sahabat baginda, lalu baginda bertanya kepada sahabatnya
"Wahai sahabatku, siapakah makhluk Allah yang imannya paling menakjubkan (man a'jabul khalqi imanan)?" Demikian pertanyaan Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya di suatu pagi.

Para sahabat langsung menjawab, "Malaikat!"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Bagaimana para malaikat tidak beriman Sedangkan mereka adalah pelaksana perintah Allah?"

Sahabat menjawab lagi, "Kalau begitu, para Nabilah yang imannya paling menakjubkan!" "Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka," sahut Baginda.

Untuk ketiga kalinya, sahabat cuba memberikan jawaban, "Kalau begitu, sahabat-sahabatmu ya Rasulullah."Rasulullah s.a.w pun menolak jawapan itu dengan berkata, "Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan."

Rasul yang mulia meneruskan kalimahnya, "Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang datang sesudah kamu. Mereka beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku. Mereka membenarkanaku tanpa pernah melihatku. Mereka menemukan tulisan dan beriman kepadaku. Mereka mengamalkan apa yang ada di dalam tulisan itu. Mereka membela Aku seperti kalian membela aku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan Ikhwanku itu!" Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam menghiburkan kita "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku." – Nabi mengucapkan kalimah ini satu kali. "Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku." Nabi mengucapkan kalimah terakhir ini sebanyak tujuh kali. Alangkah beruntungnya kita jika beriman dan beramal dgn risalah yg Dibawa oleh junjungan mulia Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam.




women parking skill....



take a look hows stupid women can be when their driving he3.....




take ur time to view this video.....its kind of funny but somehow its the reality....







Mar 5, 2009

aku teRpAksa....







kelakar bila aku dpt email ne ngeh3....

aku terpaksa sbb mak dh jnji nk upah air kotak!!!!!!!!






Feb 27, 2009

P Ramlee ngeh3...))


Cerita sebenar P.Ramlee( KISAH BENAR)


Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip,
etc. Dia seorang Seniman Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.


Tapi tahukah anda P.Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik? Tiga daripadanya adalah artis.


Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar
sejarah.




Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:

A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.


Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan..
iaitu Ramli Burger.

Sekian terima kasih.

Maklum kpd semua eekk...









wekekekekekekekek. ...



Feb 24, 2009

YOU HAVE NO EXCUSE

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir
senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara
ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa neraka.


adab yg perlu diamalkan.....))

Doktor memberi syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".

Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu),! lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Cara Rasul ullah mengunyah -

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca
Bismilllah -(Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


4. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.

Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.


Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

JADIKAN AMALAN BERGUNA....
" Berbudi selagi perlu, ber Ukhuwah selagi mampu"