Feb 27, 2009

P Ramlee ngeh3...))


Cerita sebenar P.Ramlee( KISAH BENAR)


Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip,
etc. Dia seorang Seniman Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.


Tapi tahukah anda P.Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik? Tiga daripadanya adalah artis.


Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar
sejarah.




Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:

A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.


Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan..
iaitu Ramli Burger.

Sekian terima kasih.

Maklum kpd semua eekk...









wekekekekekekekek. ...



Feb 24, 2009

YOU HAVE NO EXCUSE

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir
senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara
ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa neraka.


adab yg perlu diamalkan.....))

Doktor memberi syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".

Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu),! lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Cara Rasul ullah mengunyah -

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca
Bismilllah -(Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


4. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.

Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.


Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

JADIKAN AMALAN BERGUNA....
" Berbudi selagi perlu, ber Ukhuwah selagi mampu"


Heart wrenching & some facts we do not know!



salam,

semalam aku dapat email ne dr aunty aku....mybe this email boleh aku kongsikan dengan korang sbb email ne buat aku tak boleh tido mlm huhuuu...((


Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza!

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....)

Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus .sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.


so firends, kite terus berdoa utk keselamatan saudara islam kite dimana jua mereka berada.




Feb 20, 2009

Yoga hanya haram untuk umat Islam , Jogging ?

Isu Yoga ini sepatutnya sudah tamat dengan keluarnya fatwa dari MFK, tapi somehow ia masih menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai kerana wujudnya "tanggapan" sampingan oleh individu tertentu.

Saya menghargai individu yang cuba menerangkan tentang Yoga dengan "menampal" pelbagai info dari internet dan mengaitkan dengan amalan agama Hindu, tapi seperti yang diterangkan sendiri oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (bukan statement saya, statement MFK sendiri), yoga secara umumnya, terbahagi kepada 2 jenis, iaitu :-

1) Yoga sistematik yang melibatkan amalan pemujaan agama Hindu, bacaan mantera dan sebagainya.
2) Yoga fizikal yang lebih kepada penjagaan kesihatan semata-mata, tak lebih dari itu.

Seperti yang dijelaskan dalam fatwa, MFK mengharamkan yoga jenis sistematik kerana ia melibatkan amalam pemujaan agama hindu dan bacaan mantera yang sama sekali menjejaskan aqidah orang Islam.

Yoga fizikal, seperti yang dijelaskan oleh MFK, BUKAN MENJADI SATU KESALAHAN, NAMUN IA TAK DIGALAKKAN kerana dikhuatiri akan terikut-ikut menjadi yoga sistematik. Ini bukan saya sengaja reka-reka. Tapi kenyataan MFK sendiri (rujuk petikan akhbar).

Yang menjadi kekeliruan sekarang adalah bila ada individu tertentu yang cuba "menyamakan" yoga sistematik & yoga fizikal. Asal sebut "YOGA" sahaja, mereka cuba nak haramkan kesemuanya dan "tampal" (copy & paste) pelbagai info dari internet tentang yoga sistematik, seolah olah yoga fizikal pun dilakukan sebegitu rupa, sedangkan MFK sendiri menjelaskan kedua dua jenis yoga ini berlainan sama sekali.

Bagi menegakkan tuduhan mereka ini, mereka guna nama ahli panel MFK dan nama Ustaz tertentu, yang turut sama bersetuju nak haramkan semua jenis yoga, termasuk yoga fizikal. Hinggakan, kalau terdapat mana mana pihak yang mempersoalkan fatwa MFK ini, mereka anggap orang tersebut umpama pengkhianat yang cuba rosakkan aqidah orang Islam, sampai sanggup sarankan individu tersebut, didakwa di mahkamah syariah, tak kira beliau seorang pakar Yoga ke, Yoga practitioner ke atau orang biasa macam saya. Mereka mahu semua orang TERIMA BULAT-BULAT kata kata mereka sebab kata-kata mereka juga umpama "fatwa" jugak. Semuanya atas nama ISLAM!!!

Sampai macam tu sekali mereka lakukan, semata mata nak menghalang orang ramai mempertikai fatwa MFK dan beri pandangan mereka tentang fatwa tersebut. Sedangkan kalau kita lihat, dalam sistem keadilan sivil sekalipun, apa jua hukuman atau keputusan yang telah dibuat, boleh dicabar-semula (jika ada fakta kes yang bercanggah) atau dilakukan rayuan agar kes tersebut boleh dibicara-semula di mahkamah yang lebih tinggi. Tapi dalam isu fatwa, mereka cakap orang lain tak boleh persoalkan. Semuanya betul & tepat belaka!

PENYELESAIAN PADA KEKELIRUAN INI
------------ --------- ---------

Kalau anda kaji bagaimana MFK berfungsi, apabila sesuatu isu dibincangkan pada peringkat Muzakarah Kebangsaan, dimana ramai tokoh agama dan ulama berkumpul untuk menentukan hukum, ia dilakukan secara kata sepakat dari keseluruhan panel MFK yang berhimpun. Dalam erti kata lain, kata sepakat ini umpama hasil pandangan dari sekumpulan juri-juri professional. Of course, antara ahli panel tersebut, ada yang mengharamkan kesemua jenis yoga, ada yang mengharamkan yoga sistematik sahaja.

KATA SEPAKAT yang merupakan KEPUTUSAN RASMI MFK, dengan jelas menerangkan yoga sistematik yang diharamkan. Yoga fizikal bukan satu kesalahan, cuma ia tak digalakkan kerana MFK khuatir ia boleh merebak menjadi yoga sistematik nanti (they just concern, tapi tak mengharamkan! ).

So pada saya, YANG CUBA MEROSAKKAN & MENGELIRUKAN orang ramai sebenarnya adalah INDIVIDU YANG CAKAP SEMUA JENIS YOGA DIHARAMKAN. Mereka inilah yang sebenarnya MEMPERTIKAI KEPUTUSAN RASMI MFK sebab pandai pandai nak ubah keputusan mengikut tanggapan mereka sendiri.

Kalau benar yoga fizikal itu haram dalam Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak akan teragak-agak untuk nyatakan dalam fatwa mereka bahawa semua jenis yoga diharamkan termasuk yoga fizikal. Tapi yang dinyatakan adalah sebaliknya, yoga fizikal BUKAN SATU KESALAHAN.

Jadi sekarang, TOLONG HENTIKAN USAHA NAK BURUK BURUKKAN YOGA FIZIKAL dan bercakap seolah olah dia pula yang jadi panel MFK. Walaupun ada ahli panel MFK yang ditemu-ramah cakap dalam akhbar, semua jenis yoga diharamkan, beliau merupakan salah seorang dari sekumpulan panel, yang berpendapat sedemikian rupa. Majoriti yang lain berpendapat yoga sistematik sahaja yang diharamkan, yoga fizikal bukan satu kesalahan!

Kata sepakat dari kesemua panel MFK yang bermuzakarah juga bersetuju kata putusnya adalah sedemikian rupa. So, anda yang pandai pandai nak "ubah-suai" fatwa MFK nak buat apa? Anda lah yang sebenarnya mempertikaikan kuasa & hukum agama yang dikeluarkan oleh MFK sendiri. Andalah yang cuba berlagak untuk menghukum melebihi panel MFK sendiri, sebab pandai pandai buat tanggapan sendiri yang "lebih advanced".

Tentang Mengosongkan Minda
------------ --------- ---------

Bila orang cakap 'mengosongkan minda', ia bukan bermaksud anda memang perlu betul betul kosongkan otak anda literally, sampai lupa Tuhan, lupa agama, lupa diri. Ia sama sekali BUKAN BERMAKSUD MACAM ANDA RE-FORMAT OTAK ANDA (kosong sama sekali) hehehe.

'Mengosongkan Minda' hanyalah istilah untuk menyarankan orang supaya relax, tenangkan fikirannya, jangan fikir apa-apa tentang masalah kehidupan / stress. Bila anda tenangkan fikiran, bukannya anda lupa Tuhan, lupa agama, lupa diri!

Janganlah translate buta-buta istilah melayu kepada perbuatan manusia. Karang saya suruh pergi surau setiap malam Jumaat untuk bersihkan hati, anda pergi korek hati dan basuh dengan dettol pulak! Keluar warning "membersihkan hati" merbahayakan kesihatan. hehehe

You know how ridiculous this may sound right? So, janganlah pandai pandai buat tanggapan negatif bila diri kita sendiri pun tak arif tentang amalam yoga fizikal.

Selidik-Sendiri
------------ ------

Jika anda inginkan kepastian, cuba minta pendapat dari pakar pakar Yoga tempatan, terutamanya Yoga Practitioner yang ada pengalaman lebih 10 tahun. Mereka ini arif tentang yoga dan bukannya sekadar buat paperwork 3 bulan macam ahli panel MFK.

Dan cuba sertai sendiri, alami sendiri senaman Yoga Fizikal ini, adakah ia melibatkan bacaan mantera dan amalan pemujaan Hindu?? Jangan pulak ikut yoga instructor Hindu, memang for sure dia buat gaya Hindu. Ikutlah yoga instructor Islam dan lihat bagaimana mereka amalkan dalam realiti.

The fact is, PENGAMAL YOGA FIZIKAL BERAGAMA ISLAM ini, tak pernah pun rasa aqidah Islam mereka terpesong, hidup dalam kesesatan atau menjadi murtad bertukar agama kepada Hindu. So itulah hakikat sebenarnya, walaupun pahit untuk anda terima.

Hukum Agama Boleh Berubah-Ubah
------------ ---------

Dalam banyak banyak isu panas yang melanda umat Islam hari ini, saya sebenarnya hairan, isu YOGA yang sibuk dibincang dan diperdebatkan oleh tokoh agama Islam kita. Hanya kerana keluar pendapat dari seorang Professor yang anggap amalan yoga itu haram, terus jadi isu hangat di peringkat kebangsaan.

Untuk menilai halal haram sesuatu perkara, anda sebenarnya boleh menilai butiran perkara tersebut, baik dari segi amalannya, isi kandungannya atau perlaksanaannya.

Macam bersilat, kalau ia melibatkan pemujaan hantu dan roh seperti cerita P. Ramlee (hai mambang tanah, mambang api, mambang air.. ) sampai menduakan Allah swt, memanglah ia diharamkan kerana melibatkan perbuatan syirik. Tapi kalau sekadar bersilat sebagai satu senaman, seni mempertahankan diri atau sukan, ia bukan satu kesalahan.

Tarian kuda kepang atau Ulik Mayang, kalau ia melibatkan pemujaan jin, pukau, dirasuk dan bacaan mantera, sampai lupa diri, lupa segala galanya berkhayal tak henti henti kerana dirasuk, memang ia diharamkan. Tapi kalau sekadar sebagai satu seni tarian kebudayaan, maka ia bukan satu kesalahan.

Yang pasti, BERJOGGING ITU BUKAN SATU KESALAHAN, kerana ia hanyalah satu aktiviti senaman / usaha untuk penjagaan kesihatan. Tapi kalau berjogging sampai leka tak sembahyang, tak tutup aurat, maka ia boleh jadi haram!

Jadi, kalau anda nak menilai atau menghukum pun, lakukanlah dengan hati-hati dan dengan adil (berdasarkan fakta menyeluruh yang sahih), tanpa ada sifat prejudis yang suka menilai dari luaran atau tanggapan sendiri yang negatif


"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"

Church terbesar sedang dibina.....careful dear friends!!

ive got this email from my aunty last weekend so i just wanna to share with u all....

Assalamualaikum,

Kepada saudara dan saudari se-Islam denganku…….
Tahukah anda apa yang sedang rancak dibina di Bukit Jalil??
Ketahuilah bahawa Kristian di Malaysia sedang giat membina sebuah gereja yang dinamakan…..
The Calvary Convention Centre

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions
, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation's young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

DIMANA IA DIBINA???

The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.

TAK PERCAYA?? SCROLL DI BAWAH
Progress of CCC

Construction progress as of October 2008





Construction progress as of 8 September 2008







CCC Update in CalvaryNews, Sept-Oct 2008 (pdf)



Construction progress as of 9 August 2008





Construction progress as of 17 July 2008







Construction progress as of 18 June 2008






Construction progress as of 15 May 2008







Contract 2 awarded!
Friday, 15 February 2008 was a historic day for Calvary Church . With the completion of the substructure works, the site was formally handed over to Nam Fatt Construction Sdn.Bhd. which was awarded Contract 2, to carry out the superstructure works of the Calvary Convention Centre (CCC).



Contract 2 - Superstructure Kick off meeting (top) and prayer at the site (above) on 15 February 2008


PERSOALAN:
1. sudah bersediakah kita dengan ilmu Al-Quran untuk menghadapi dakyah mereka??
2. cukupkah didikan agama pada anak2 kita??
Wallahu alam…..
Maka dari skarang…..
Carilah ilmu akhirat – jika belum bermula
Ajarkan kepada yang jahil – kepada yang berilmu…….
Ya Allah, selamatkan kami dari segala yang tipu daya dan janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau memberikan kami petunjuk…..
Amin Ya Rabbal A'lamin………..

Oolong Tea

When you understand the difference between A carrot, an egg, and a cup of Oolong tea.

You will never Look at a cup of Oolong the same way again.

A young woman went to her mother and told her about her

life and how things were so hard for her. She did not know how she was

going to make it and wanted to give up. She was tired of fighting and

struggling. It seemed as one problem was solved, a new one arose.


Her mother took her to the kitchen. She filled three pots

with water and placed each on a high fire. Soon the pots came to boil. In

the first she placed carrots, in the second she placed eggs, and in the

last she placed Oolong tea. She let them sit and boil; without saying a

word.

In about twenty minutes she turned off the burners. She

Fished the carrots out and placed them in a bowl. She pulled the eggs out and

Placed them in a bowl. Then she ladled the Oolong out and placed it in a bowl.

Turning to her daughter, she asked, "Tell me what you see."

"Carrots, eggs, and Oolong tea," she replied.

Her mother brought her closer and asked her to feel the

carrots. She did and noted that they were soft. The mother then asked the

daughter to take an egg and break it. After pulling off the shell, she

observed the hard boiled egg

Finally, the mother asked the daughter to sip the Oolong. The daughter

Smiled as she tasted its rich aroma The daughter then

asked, "What does it mean, mother?"

Her mother explained that each of these objects had faced

the same adversity: boiling water. Each reacted differently. The

Carrot went in Strong, hard, and unrelenting. However, after being

subjected to the boiling water, it softened and became weak. The egg had

been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid interior, but

after sitting through the boiling water, its inside became hardened. The

Oolong tea was unique, however. After they were in the boiling water, they

had changed for the better - both the water color, odour and the taste.

 "Which are you?" she asked   her daughter. "When adversity knocks on your

Door, how do you respond? Are you a carrot, an egg or a Oolong tea?

Think of this: Which am I? Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength?

Or Am I the egg that starts with a malleable heart, but changes

with the hat? Did I have a fluid spirit, but after a death, a

breakup, a financial hardship or some other trials, have I become hardened and

stronger? Does my Shell look the same, but on the inside am I bitter and

tough with a stiff Spirit and hardened heart?

Or am I like the Oolong tea? The tea actually changes the

hot water, the very circumstance that brings the pain. When the water gets

hot, it releases the fragrance and flavor. If you are like the tea,

when things are at their worst, you get better and change the situation

around you. When the hour is the darkest and trials are their greatest,

do you elevate yourself to another level? How do you handle

Adversity? Are you a carrot, an egg or a Oolong tea?

May you have enough happiness to make you sweet, enough

trials to make you strong, enough sorrow to keep you human and enough hope to

make you happy.

The happiest of people don't necessarily have the best

of everything; they just make the most of everything that comes along their Way.

The brightest future will always be based on a forgotten

past; you can't go forward in life until you had let go of your past failures

and heartaches.

When you were born, you were crying and everyone around you

was smiling.

Live your life so at the end, you're the one who is

smiling and everyone around you may be crying.

May we all be like the OOLONG TEA !!!!!!